Sabtu, 22 September 2012


GENDERUWO












Genderuwo adalah makhluk halus yang menyerupai kera tapi  berbadan tinggi dan besar, makhluk ini suka tinggal di pepohon seperti pokok beringin dan pokok-pokok besar.

GEnderuwo adalah mitos tentang sejenis bangsa jin atau makhluk halus yang berwujud seakan-akan manusia mahupun seakan-akan kera yang bertubuh besar dan keras dengan warna kulit hitam.

Kegemarannya adalah batu berair, bangunan lama, pokok besar yang teduh atau sudut-sudut yang lembap sepi dan gelap.

Genderuwa dipercaya dapat berkomunikasi dengan manusia.Berbagai legenda menyebutkan bahwa genderuwa dapat mengubah penampakan dirinya mengikuti wujud seorang manusia untuk menggoda sesama manusia.

Genderuwa dipercaya sebagai makhluk yang nakal karana kegemarannya menggoda manusia terutama kaum perempuan.
 Genderuwa kadang senang menepuk punggung perempuan.

rujukan indratujuh.multiply.com/wikipedia


PENANGGAL





Penanggalan
 merujuk kepada sejenis makhluk halus dari golongan jin/shaitan.

Penanggal dipelihara oleh seseorang,biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh.

Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.

Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa.

Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang bari bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka…..

Cara menghalang gangguan Penanggalan dengan meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang diletakkan di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.

Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan.

Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.

sumber:wikipedia/google images

JENGLOT







Jenglot adalah figure berbentuk manusia yang berukuran kecil iaitu 10-17cm,
Berkulit gelap dengan berbentuk sperti mummi , kasar, berwajah sepaeti tengkorak dan bertaring memanjang serta memiliki rambut dan kuku yang panjang..
Jenglot dipercayai memiliki kekuatan mistik dan memakan darah manusia.

sumber:wikipedia/asylumi60.blogspot.com


POCONG / HANTU BUNGKUS





Pocong lebih dikenali sebagai pocong mahupin hantu bungkus yang dibaluti dengan kain kafan.

Dikatakan pocong ini memiliki wajah berwarna hijau dengan mata yang kosong.

Pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata yang kosong serta ditutupi dengan kapas dan berwajah pucat.

Pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa membuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup.
Ada mitos yag mengatakan pocong ini bergerak dengan melompat, melayang-layang, mahupun berguling-guling.
Pocong hanya mengusuk orang yang lemah semangatnya.

Kepada sesiapa yang berjaya menangkap hantu ini dikatakan mampu memiliki kejayaan.

Rujukan nfo-misteri.blogspot.com/wikipedia/google images.

TOYOL



Toyol merupakan hasil pemujaan terhadap bayi lelaki sulung yang telah mati.
Toyol kebiasaanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri duit.
Toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan mpemiliknya akan memberikan makan berupa darahnya sendiri setiap hari mahupun setiap bulan mengambang, Sekiranya pemiliknya gagal memberikan makan, maka toyol akan menghisap darah ahli keluarga pemiliknya.
Toyol hanya mengambil sedikit sahaja wang dari hasil curian contohnya separuh daripada hasil curian...

sumber wikipedia/google images
PUNTIANAK





Puntianak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia mahupun wanita yang meninal kerana melahirkan bayi.

Mengikut tradisi sunda, Puntianak tidak mempunyai lubang di punggungnya dan hanya mengangu manusia sahaja.

Puntianak menyukai pokok tertentu sebagai tempat bersemayam contohnya pokok kekabu.

Puntianak tidak akan menggangu wanita hamil apabila wanita tersebut selalu membawa paku, pisau, dan gunting kemana jua mereka pergi.

Hal ini terbukti apabila seringnya ditemui gunting, jarum, dan pisau di dekat tempat tidur bayi.

Puntianak dikatakan mempunyai lubang di belakang tengkuknya.

Kepada sesiapa yang berjaya menusukkan paku ke tengkuknya, puntianak tersebut akan berubah bentuk kepada wanita chantek, dan sekiranya paku itu di keluarkan maka wanita chantek itu akan berubah bentuk ke rupa asal iaitu puntianak,

Puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita Chantek yang berjalan sendiri di jalan yang sunyi dan sepi.

Puntianak dikatakan hanya menggangu kaum lelaki sahaja........

sumber wikipedia/google image/busuk.org.








Selasa, 11 September 2012


!!! AMARAN !!!
1)    Blog ini hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja. Bimbingan ibu bapa digalakkan..!
2)    Blog ini tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..!
3)    Kita Jangan mudah percaya, dan jangan mudah terikut-ikut..!



PENGENALAN TERHADAP BLOG INI
Blog ini mengisahkan tentang kisah mistik dua dunia,
Terdapat himpunan kisah-kisah,
gambar-gambar, dan video berkaitan dengan kisah mistik.