Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.
Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.
Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat 'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.
Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.
Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.
Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.
Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.
Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.
Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri...
Rujukan kebenarannya.tripod.com/youtube.com
Ahad, 14 Oktober 2012
Mistik Dua Dunia kali ini memaparkan 20 hantu di dalam sebuah video....
enjoy it...
Sabtu, 13 Oktober 2012
Mistik Dua Dunia kali ini memaparkan tentang sebuah iklan raya ia jua berkaitan dengan hantu..
Ada jua iklan berkaitan hantu tetapi kali ini daripada negara seberang iaitu Thailand.
hahahaha
Mistik Dua Dunia kali ini memaparkan kisah mistik daripada saluran tv Trans7 iaitu rancangan Dua Dunia yang bertajuk "Hantu Ambilance".
Rumusan daripada kisah hantu ambulance ialah.....
Seluruh umat yang mempercayai bahawa wujudnya makhluk ghaib jangan pernah sesekali kita takut kepada makhluk Allah dan hanya takut pada Allah S.W.T.
HANTU
Hantu sering dikaitkan dengan kepercayaab masyarakat tertentu
dan berbeza di setiap kalangan masyarakat.
Hantu dikatakan berbagai saiz dan bentuk manakala rupanya di
gambarkan berkilau,lutsinar mahupun seperti berkabus.ia boleh bergerak mahupun
kekal pada kedudukan asal.
Ada yang mengangap hantu itu ialah roh orang yang mati akan
tetapi tidak tenteram rohnya.
Manakala ada jua yang mempercayai hantu itu ialah kepercayaan
kelahiran semula.
Sabtu, 22 September 2012
GENDERUWO
Genderuwo adalah makhluk halus yang menyerupai kera tapi berbadan tinggi dan besar, makhluk ini suka tinggal di pepohon seperti pokok beringin dan pokok-pokok besar.
GEnderuwo adalah mitos tentang sejenis bangsa jin atau makhluk
halus yang berwujud seakan-akan manusia mahupun seakan-akan kera yang
bertubuh besar dan keras dengan warna kulit hitam.
Kegemarannya adalah batu berair, bangunan lama,
pokok besar yang teduh atau sudut-sudut yang lembap sepi dan gelap.
Genderuwa dipercaya dapat berkomunikasi dengan manusia.Berbagai
legenda menyebutkan bahwa genderuwa dapat mengubah penampakan dirinya mengikuti
wujud seorang manusia untuk menggoda sesama manusia.
Genderuwa dipercaya sebagai makhluk yang nakal karana kegemarannya
menggoda manusia terutama kaum perempuan.
Penanggalanmerujuk kepada sejenis makhluk halus dari golongan jin/shaitan.
Penanggal dipelihara oleh seseorang,biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.
Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa.
Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang bari bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka…..
Cara menghalang gangguan Penanggalan dengan meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang diletakkan di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.
Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan.
Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.
sumber:wikipedia/google images
JENGLOT
Jenglot adalah figure berbentuk
manusia yang berukuran kecil iaitu 10-17cm,
Berkulit gelap dengan
berbentuk sperti mummi , kasar, berwajah sepaeti tengkorak dan bertaring
memanjang serta memiliki rambut dan kuku yang panjang..
Jenglot dipercayai memiliki
kekuatan mistik dan memakan darah manusia.
sumber:wikipedia/asylumi60.blogspot.com
POCONG / HANTU BUNGKUS
Pocong lebih dikenali sebagai
pocong mahupin hantu bungkus yang dibaluti dengan kain kafan.
Dikatakan pocong ini
memiliki wajah berwarna hijau dengan mata yang kosong.
Pocong berwajah rata dan
memiliki lubang mata yang kosong serta ditutupi dengan kapas dan berwajah
pucat.
Pocong merupakan bentuk
protes dari si mati yang terlupa membuka ikatan kafannya sebelum kuburnya
ditutup.
Ada mitos yag mengatakan
pocong ini bergerak dengan melompat, melayang-layang, mahupun berguling-guling.
Pocong hanya mengusuk orang
yang lemah semangatnya.
Kepada sesiapa yang berjaya
menangkap hantu ini dikatakan mampu memiliki kejayaan.
Toyol merupakan hasil pemujaan terhadap bayi lelaki sulung yang telah mati.
Toyol kebiasaanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri duit.
Toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan mpemiliknya akan memberikan makan berupa darahnya sendiri setiap hari mahupun setiap bulan mengambang, Sekiranya pemiliknya gagal memberikan makan, maka toyol akan menghisap darah ahli keluarga pemiliknya.
Toyol hanya mengambil sedikit sahaja wang dari hasil curian contohnya separuh daripada hasil curian...
sumber wikipedia/google images
PUNTIANAK
Puntianak merupakan hantu yang dipercayai berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia mahupun wanita yang meninal kerana melahirkan bayi.
Mengikut tradisi sunda, Puntianak tidak mempunyai lubang di punggungnya dan hanya mengangu manusia sahaja.
Puntianak menyukai pokok tertentu sebagai tempat bersemayam contohnya pokok kekabu.
Puntianak tidak akan menggangu wanita hamil apabila wanita tersebut selalu membawa paku, pisau, dan gunting kemana jua mereka pergi.
Hal ini terbukti apabila seringnya ditemui gunting, jarum, dan pisau di dekat tempat tidur bayi. Puntianak dikatakan mempunyai lubang di belakang tengkuknya. Kepada sesiapa yang berjaya menusukkan paku ke tengkuknya, puntianak tersebut akan berubah bentuk kepada wanita chantek, dan sekiranya paku itu di keluarkan maka wanita chantek itu akan berubah bentuk ke rupa asal iaitu puntianak, Puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita Chantek yang berjalan sendiri di jalan yang sunyi dan sepi. Puntianak dikatakan hanya menggangu kaum lelaki sahaja........ sumber wikipedia/google image/busuk.org.
Selasa, 11 September 2012
!!! AMARAN !!!
1)Blog ini
hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja. Bimbingan ibu bapa digalakkan..!
2)Blog ini
tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..!
3)Kita Jangan
mudah percaya, dan jangan mudah terikut-ikut..!
PENGENALAN TERHADAP BLOG INI
Blog ini mengisahkan tentang kisah mistik dua
dunia,
Terdapat himpunan kisah-kisah,
gambar-gambar, dan video berkaitan dengan kisah
mistik.